Wednesday, 1 August 2012

Tanda-tanda Al-Masih Dajjal

"Wahai manusia, belum pernah ada fitnah di muka bumi ini, sejak Allah memperbanyakkan keturunan Nabi Adam, yang lebih besar dari fitnah Dajjal. Aku adalah nabi terakhir dan kalian adalah umat terakhir. Dia (Dajjal) pasti akan muncul di tengah kalian." (Hadis Rimayat Ibnu MAjah, Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

Kemampuan luar biasa di antaranya:
1. Membawa syurga dan neraka

"Dia (Dajjal) membawa syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka" (Riwayat Muslim)

2. Membawa dua sungai yang mengalir

"Aku benar-benar mengetahui apa yand dibawa oleh Dajja;. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satunya tampak seperti air bening dan satu lagi tampak seperti api yang berkobar-kobar. Jika seseorang menjumpainya, hendaklah dia mendatangi sungai yang tampak seperti api dan hendaklah dia mencelupkan tangannya dan merendahkan kepalanya untuk meminum airnya. Sebab, sebenarnya air itu adalah air yang dingin" (Riwayat Muslim)

3. Mampu berjalan dengan cepat seperti awan yang ditiup angin
4. Membawa bukit roti dan daging.
5. Dapat memerintahkan sungai untuk mengalir atau mengering.
6. Membawa air dan api
7. Dapat melebihi kedalaman lautan
8. dapat berteriak dengan kuat sehingga terdengar dari barat sampai ke timur.
9. Dapat memerintahkan benda dan langit untuk melakukan perintahnya
10. Dapat bersekutu dengan syaitan. Ini kerana Dajjal lebih tinggi darjat kemunafikannya, kekafirannya, dan kesesatannya.
11. Dapat menahan matahari, kemudia melepaskannya.
12. Dapat menghidupkan orang yang mati


P/S: Sahabat, saudara seagama denganku.. begitu besarnya Allah memberikan kelebihan kepada Dajjal daslam usaha Dajjal menyesatkan umat akhir zaman nanti. Tidak terbayangkan bagaimana Dajjal yang berfizikal seperti manusia biasa dapat melakukan semua itu. Sesungguhnya orang yahudi, kafir dan munafik akan terpedaya dan menjadi kafir kerana percayakan Dajjal sehingga mengaku Dajjal itu tuhan mereka....Nauzubillah, mampukah kita menahan diri kita dari fitnah yang amat besar ini? Sama-samalah kita menyebarkan ilmu ini untuk pengetahuan dan manfaat umat islam sebelum kedatangan Dajjal untuk bermaharajalela dan membuat huru-hara. Sebar-sebarkan

Tuesday, 31 July 2012

Al-Masih Dajjal Memendekkan Kain Atas dan Bawah Manusia



Manusia yang paling disukai Dajjal adalah manusia yang mudah menerima semua hal yang memuliakan kecantikan dan keindahan. Terutama kaum wanita. Sebab, mereka beranggapan bahawa kecantikandan keindahan yang sudah dikurniakan oleh Tuhan, akan sia-sia jika harus di tutupi dengan kain lebar dan longgar.

Orang yang mencintai pesona Dajjal, akan berselindung di balik ayat bahawa Dia tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia. Bukankah hanya menjadi sia-sia jika membiarkan keindahan itu bersemayam disebalik kain sempit dan berbau matahari? Melalui hasutan syaitan, Dajjal membisikkan dan menguatkan hati manusia bahawa sesuatu tidak akan indah jika tidak dapat dinikmati oleh orang lain. Untuk apa hanya melihat diri di depan cermin dan mengatakan, “Wah aku cantik. Kulitku Indah sekali, berkilau ditimpa cahaya matahari.” Siapa yang memuji mereka?

Lalu, Dajjal pun membisikkan kepada mereka, “ Alangkah bodohnya dirimu yang telah menghabiskan banyak wang untuk membuat tangan dan pahamu menjadi bersih, putih mulus serta berkilauan, namun hanya akan kau nikmati sendiri dalam keterasingan di sini! Ayuh, keluar dan tunjukkan kepada mereka! Bukankah untuk pujian kau melakukan ini semua? Bukankah kau ingin memikat lelaki di luar sana?

Kemudian mereka mengikuti ajakan tersebut dengan memendekkan kain-kain penutup tubuhnya. Membuka selubung yang selama ini membuat mereka terjaga kehormatannya. Sungguh kebodohan yang luar biasa. Disebabkan itu Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa yang akan menjadi umat Dajjal dan syaitan yang paling besar berasal dari golongan wanita. Sebab, merekalah yang paling lemah hatinya.

Oleh itu, tidak salah jika kaum wanita menjadi sumber ketakutan paling besar Nabi Muhammad SAW, sebelum baginda wafat.

            “Tidak ada ujian yang lebih berat dihadapi lelaki daripada perempuan. Ujian pertama yang dialami oleh Bani Israel adalah yang berkaitan dengan wanita-wanita mereka” ~ Kitab Alam Al-Jin Asy-Syayatin Min Al-Quran Al-Karim Wa Sunnat khatami An-Nabiyyin (Abu Usamah Muhyiddin)

Tidak hanya kaum lelakidari bangsa manusia yang akan terangsang melihat tubuh kaum perempuan. Akan tetapi, syaitan pun juga sama.

“Perempuan itu adalah aurat, maka apabila ia keluar dari rumahnya, syaitan pun berdiri tegak (dirangsang olehnya)" ~ Hadis Riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud

P/S: Renung-renungkan..dan silalah share/sampaikan ilmu ini kepada yang lain..

Sunday, 11 September 2011

Industrial Hygiene

Baru 2 1/2 bulan di JKKP....berkuatkuasa harini..aku ditempatkan di unit Higien Industri daripada Unit Penguatkuasaan

Ada 4 peraturan dibawah AKJ 1967, ada 2 peraturan dibawah OSHA 1994....

Antara terkandung dalam FMA (AKJ 1967):

1. Industrial Hygiene
2. Lead
3. Asbestos Process
4. Noise Exposure
5. Mineral Dust


Bahaya-bahaya Kimia yang diambil kira dalam penguatkuasaan AKJ/OSHA:

1. Fizikal
2. Kimia
3. Biologi
4. Psikologi
5. Ergonomic (sila rujuk wikipedia)

Yang lain-lain bakal menyusul untuk dikongsi bersama

Saturday, 6 August 2011

Seksyen 1 & 2

Seksyen 1 (3) "org selalu sebut seksyen 2 dalam kurungan 3"

OSHA 1994 x terpakai utk :
1) Angkatan Tentera
2) Segala pekerjaan atas kapal yg tertakluk kepada Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Ordinan Perkapalan 1960




Seksyen 2 (2) "sebut mcm di atas"

Jikalau ada percanggahan undang2 dan akta lain dengan OSHA 1994 yg berkaitan dgn keselamatan dan kesihatan pekerjaan...undg2 ini MENGATASI undg2 itu

P/S: sekadar berkongsi ilmu..x rugi...

Sunday, 24 July 2011

1st day sebagai Pegawai....


24/7/2011.....8AM (pegidahh..cm la punctual sgt..lol)...Selamat pagi tuan.

Bermulalah tugas ku sebagai seorang pegawai yg berkhidmat utk Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yg berpusat di Wisma Persekutuan K.Terengganu...tau kat ne? tanyalah Paki Cik Gooooogle..hehehe.

waktu malam..memang la nampak cantik gitew..siang? xsanggup ko..tapi kami nak pindah dah...ke Wisma PERKESO..yehaaa!!!!


Hari pertama lagi aku dah diberi task utk menjadi auditor untuk peruntukkan undang-undang USECHH 2000 (regulations)...hebat kan gitew..org lain report 1st day bleh pejam mata (lelap) kat opis...tp aku x..(ada hikmah)...aku lenjan je..bnyk benda nak blajar lg

Berapa lama pun aku keje kat private sector sebelum ni....bila dah bergelar pegawai..aku mula dari ZERO balik..tolo ayam? belajar dari Otai-otai lama (walaupon gred lagi rendah,tapi dah 20 tahun bekerja as pegawai - krdt to brader En.Sofee,Syazwan dan Zuraidi (team of 4)..esok join team lain plak.

USECHH 2000 adalah regulations utk memberi panduan keselamatan mengendalikan apa jua jenis bahan kimia di semua sektor (harini cover sektor awam - sesama gomen..hehe..xleh ckp lebih2..kalo private sektor xpe..politik btul)..bnyk sgt nak explain..

Esok (isnin) dan khamis ada 4 lagi tempat nak gi...pastu aku nak balik Shah Alam...rindukan isteri (Norfadzilah) dan anak (dalam perut lagi..baru 4 bulan lebih)..itu yg terpaksa aku berkorbankan...i'm coming home..i'm coming home..i'm coming home...

MSJ
Dendang seorang perantau
P/S: raya tahun ni 5 hari je aku dpt...sob3..nak balik kampung jumpa bonda dan ayahanda...



Thursday, 21 July 2011

Harini Dalam Sejarah - July 21, 2011

Preetttt...prrettt (Bunyi trompet agung milik Kerajaan Pasir Dua Butir)....

Maka dengan ini secara rasmi; terciptalah blog cenonet yang x seberapa ini untuk aku mengomel, mencarut, memberi pendapat, bermuhasabah, berkongsi ilmu dengan sesiapa yang sudi...

Sreettt..sreett (Skrol titah digulung kembali)..

MSJ

P/S: Mables...harap x sia-sia